The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

Perkembangan Terkini Selangor FC B19 | Kerja Keras Membawa ke Separuh Akhir

Aug 05, 2022 - FAS

Pasukan Selangor B19 mara ke Separuh Akhir Piala Belia 2022 dengan kemenangan besar agregrat 8-3 ke atas AMD B16  di pentas Suku Akhir baru-baru ini. 

Skuad kendalian Firdaus Tan telah berjaya menyandang takhta pendahulu Kumpulan B Piala Belia dengan 26 mata terkumpul daripada lapan kemenangan, dua seri dan satu kekalahan.

Menurut Ketua Jurulatih Selangor B19, Firdaus Tan, kerja keras barisan pemain, pegawai dan jurulatih menjadi kunci utama pasukan mara ke Separuh Akhir.

“Alhamdullilah, syukur atas rezeki yang diberikan, kami berjaya ke peringkat Separuh Akhir Piala Belia 2022.

Saya percaya bahawa faktor utama pasukan layak sampai ke tahap ini adalah kerana kerja keras semua yang terlibat sebagai satu pasukan. Kami bersama-sama menganalisa perlawanan dan berlatih dengan penuh dedikasi untuk beraksi dengan baik dari masa ke semasa.

Saya berharap pasukan ini akan terus meningkatkan prestasi dan mara ke peringkat Akhir Piala Belia 2022, InshaaAllah,” Firdaus Tan mengakhiri temubual dengan harapannya.

Pasukan Selangor B19 akan berdepan dengan pasukan PJ City FC di pentas Separuh Akhir Piala Belia 2022 pada 7 dan 15 Ogos ini.

Selangor FC mengucapkan tahniah di atas pencapaian Gergasi Merah B19 dalam saingan Piala Belia 2022. Semoga pasukan dapat beraksi dengan cemerlang di pentas Separuh Akhir nanti. Ayuh, Young Giants!

Demi Kebanggaan!